Tayangan Video KDB & Advokasi

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 Februari 2020, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menayangkan beberapa video Klik dengan Bijak seperti penipuan perbankan, tips keselamatan internet, Check Your Label dan Mobile e-waste yang bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Tayangan video ini telah disertai oleh lima orang peserta yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun.

Selepas tayangan setiap video Klik dengan Bijak, peserta dijelaskan dengan apa yang berlaku dalam video tersebut dan langkah-langkah berjaga yang patut diambil untuk mengelak jenayah siber. Perbincangan turut dilakukan supaya peserta menjadi pengguna internet yang bijak dan tidak mudah tertipu dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Peserta dinasihati supaya tidak menjawab mana-mana panggilan dari nombor yang tidak dikenali, tidak membalas mana-mana mesej yang mencurigakan dan tidak menekan mana-mana pautan yang ditawarkan bagi mengelakkan diri dari penipuan internet atau penipuan perbankan. Mereka dinasihati supaya tidak berkongsi maklumat peribadi dengan mudah kepada sesiapa sahaja.

Kesimpulannya, peserta menjadi lebih peka dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan internet dalam kehidupan seharian. Mereka dapat menjadi seorang pengguna internet yang bijak dengan kuasa yang ada pada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali